Wednesday 27 January 2016

ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN

                                                          PENGHARGAAN

Alhamdulillah,terima kasih daripada kumpulan kami tujukan kepada pensyarah Pengajian Malaysia DAT1A iaitu,Puan Raihan Binti Ahmad yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang terbaik kepada kumpulan kami dalam melaksanakan  kerja kursus ini dari awal hinggalah siap dengan sepenuhnya.


PENGENALAN






Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera darat ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan amfibi(amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgoradi Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu Semasa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan Melayyu Muda telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa.Pemimpin Kesatuan Melayu Muda, Ibrahim Yaakob telah dilatih oleh Jepun selama enam bulan dan turut dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Ibrahim Yaakob telah membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan Giyuugun di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah .Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .Jepun juga telah meninggalkan beberapa kesan contohnya kesan politik,ekonomi dan sosial.

FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN JEPUN...
1 .Untuk memulihkan keadaan awam.
-Keadaan masyarakat tempatan di Tanah Melayu yang sebelum ini huru-hara atau tidak aman mendorong penetangan Jepun terhadap kuasa Barat.

2. Untuk memonopoli sumber-sumber ekonomi di Tanah Melayu.
-Jepun menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu untuk membantu menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda Jepun.Selain itu,Jepun juga menggunakan sumber ekonomi ini untuk menanggung perbelanjaan untuk membiayai tentera-tentera Jepun di Tanah Mealyu dan jajahan-jajahan yang lain..

KESAN PENJAJAHAN JEPUN..
.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu memberikan banyak kesan negatif ,umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang.Antara kesan secara khusus:




                                               

                                                                 



Kesan sosial
Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang.

Kesan Ekonomi
Pada masa pemerintahan Jepun ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan.Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . Barangan pengguna dan makanan khususnya beras berkurangan.Pengedaran mata wang yang tidak 
terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.

Kesan politik

Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.Sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan rakyat hidup dalam kesengsaraan.Kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun:

Wujudnya kesedaran politik dasar 'Asia Untuk Orang Asia' untuk orang Tanah Melayu meningkatkan semangat mereka supaya mereka dapat membebaskan tanah air.Selain itu,wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.Penduduk Tanah Melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang.Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.


Kesimpulan...

Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahuluPpemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada masa dahulu.Misalnya,kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain.Selain itu,kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunya kedaulatan yang tersendiri.

Namun,kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini.Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman yang pahit dalam sejarah negara,namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik,ekonomi dan sisial.Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan,asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya malaysia yang unggul.


Pengajaran...

-Pendudukan Jepun di negara yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi diTanah Melayu.Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.
-Peristiwa kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun, jelas memberi iktibar kepada kita supaya tidak mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri.
Rujukan
http://pengajianmalaysiakami.blogspot.my/p/sejarah-menunjukkan-bahawa-tanah-melayu.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu#Penjajahan_Jepun
http://cikgusejarahbagus.blogspot.my/2012/11/bab-1-pendudukan-jepun-di-negara-kita.html
http://siangmalam46.blogspot.my/2014/10/bab-4-zaman-penjajahan.html


1 comment:

  1. emperor casino: online casino - Shootercasino
    Our mission 인카지노 is 제왕카지노 to ensure that you will play and win at the best online casino 1xbet in the world. In-house casino games are a must.

    ReplyDelete